ITEM A: *AGE REQUIREMENT / SYARAT UMUR

  1. Only participants aged 16 years and above are allowed to operate an ATV on their own / Hanya peserta berumur 16 tahun ke atas dibenarkan menunggang ATV secara sendiri.

  2. Participants below 16 years old are not allowed to operate or control an ATV on their own / Peserta di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan menunggang atau mengawal ATV secara bersendirian.

  3. Participants below 16 years old may ride the ATV together with their parents or legal guardian, provided that the parent or guardian is seated behind them and is in full control of the ATV at all times / Peserta di bawah umur 16 tahun dibenarkan menunggang ATV bersama ibu bapa atau penjaga sah, dengan syarat ibu bapa atau penjaga duduk di belakang dan mengawal sepenuhnya ATV pada setiap masa.

  4. The parent or legal guardian must sign the Guardian Name and Signature section to confirm that they take full responsibility for the safety and supervision of the children / Ibu bapa atau penjaga sah mesti menandatangani ruangan Nama dan Tandatangan Penjaga sebagai pengesahan bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan pengawasan anak di bawah umur tersebut.

  5. ASSUMPTION OF RISK / PENANGGUNGAN RISIKO I, the undersigned participant parent/guardian, acknowledge that participating in ATV rides and outdoor adventure at Ceruk Rimba Sdn Bhd, may expose to inherent risks such as accidents, collisions, injuries, property damage, or other unforeseen incidents. I voluntarily accept and assume all risks / Saya, peserta yang menandatangani di bawah (atau ibu bapa/penjaga jika di bawah umur 16 tahun), mengakui bahawa penglibatan dalam aktiviti di Ceruk Rimba termasuk tetapi tidak terhad kepada tunggangan ATV, perkhemahan, lawatan kebun buah, dan aktiviti luar melibatkan risiko seperti kemalangan, perlanggaran, kecederaan, kerosakan harta benda, atau kejadian yang tidak dijangka. Saya secara sukarela menerima dan menanggung semua risiko tersebut.

  6. RELEASE OF LIABILITY / PELEPASAN TANGGUNGJAWAB I hereby release, waive, and discharge Ceruk Rimba Sdn Bhd, its owners, employees, agents, and affiliates from any liabilities, claims, demands, or causes of action arising from any injuries, losses, damages, or harm (including death) sustained by me or my property while participating in activities at Ceruk Rimba Sdn Bhd, whether caused by negligence or otherwise, to the fullest extent permitted by law / Saya dengan ini melepaskan, mengetepikan, dan membebaskan Ceruk Rimba, pemilik, pekerja, ejen, dan sekutunya daripada sebarang tanggungjawab, tuntutan, atau tindakan undang-undang akibat kecederaan, kerugian, kerosakan, atau kemudaratan (termasuk kematian) yang dialami oleh saya atau harta benda saya semasa menyertai aktiviti di Ceruk Rimba, sama ada disebabkan oleh kecuaian atau sebaliknya, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

  7. INDEMNITY CLAUSE / KLAUSA GANTI RUGI I agree to indemnify and hold harmless Ceruk Rimba, its owners, employees, representatives, and affiliates from any claims, liabilities, damages, costs, and expenses (including legal fees) arising out of or related to my participation in these activities, including any claims brought by third parties / Saya bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Ceruk Rimba, pemilik, pekerja, wakil, dan sekutunya daripada sebarang tuntutan, liabiliti, kerosakan, kos, dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan saya dalam aktiviti ini, termasuk tuntutan daripada pihak ketiga.

  8. HEALTH & SAFETY DECLARATION / PERISYTIHARAN KESIHATAN & KESELAMATAN I certify that: Saya mengesahkan bahawa:

  • I am physically fit and have no medical condition that prevents me from safely participating in these activities / Saya berada dalam keadaan fizikal yang sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang menghalang saya daripada menyertai aktiviti ini dengan selamat.
  • I will follow all instructions and safety rules provided by Ceruk Rimba staff /Saya akan mematuhi semua arahan dan peraturan keselamatan yang diberikan oleh kakitangan Ceruk Rimba.
  • I will always wear all required safety equipment / Saya akan sentiasa memakai semua peralatan keselamatan yang diwajibkan.
  • I am not under the influence of any drugs, alcohol, or substances that could impair my ability to operate an ATV safely or cause an accident / Saya bebas daripada sebarang pengaruh dadah, alkohol, atau bahan yang boleh menjejaskan keupayaan saya untuk menunggang ATV dengan selamat atau menyebabkan kemalangan.
  1. PHOTOGRAPHY & VIDEO CONSENT / KEBENARAN FOTO & VIDEO I consent to Ceruk Rimba taking photographs and/or videos of me during activities for marketing, promotional, and social media purposes. I understand that these materials may be used without compensation to me / Saya memberi kebenaran kepada Ceruk Rimba untuk mengambil gambar dan/atau video saya semasa aktiviti bagi tujuan pemasaran, promosi, dan media sosial. Saya faham bahawa bahan ini boleh digunakan tanpa sebarang bayaran pampasan kepada saya.

  2. GOVERNING LAW / UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI This agreement shall be governed by the laws of Malaysia, and any disputes shall be resolved under Malaysian jurisdiction / Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan sebarang pertikaian akan diselesaikan di bawah bidang kuasa mahkamah Malaysia.

ITEM B: PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE (PDPA) / NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Ceruk Rimba Sdn Bhd is committed to protecting your personal data in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) of Malaysia / Ceruk Rimba komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. The personal information you provide in this form will be used solely for safety, insurance, and administrative purposes related to your participation in Ceruk Rimba Sdn Bhd activities. Your information will not be shared, disclosed, or sold to any third parties without your consent, except as required by law / Maklumat peribadi yang diberikan dalam borang ini akan digunakan semata-mata bagi tujuan keselamatan, insurans, dan pentadbiran berkaitan penyertaan anda dalam aktiviti Ceruk Rimba. Maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan, atau dijual kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

By signing this form, you consent to the collection, use, and storage of your personal data by Ceruk Rimba Sdn Bhd for the purposes stated above / Dengan menandatangani borang ini, anda bersetuju bahawa Ceruk Rimba boleh mengumpul, menggunakan, dan menyimpan data peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di atas.